Cara Menguruskan Anak dengan Mudah Melalui Tamparemen


Tahukah anda kanak-kanak dikategorikan dengan 3 jenis tamparemen? πŸ€“

Maksud tamparemen ini adalah tabii atau pembawaan yang ada pada mereka sejak dari lahir. πŸ₯🌸🌷

Bilamana kita dapat mengenai pasti kategori manakah anak-anak Kita berada, maka mudahlah untuk menguruskan emosi dan menggunakan pendekatan yang berkesan terhadap mereka.

Let's figure out 😎

1) Kanak-kanak Easy Child (mudah) 🌈

Kategori ini sangatlah baik, senang sangat nak bela kata orang. 
Apa taknya, mereka jenis yang sangat fleksibel, tenang, gembira, tabiat makan dan tidur yang tetap, mudah menyesuaikan diri, kurang demands dari pendidik/pengasuh dan ibubapa serta tidak mudah merajuk.

Jika mereka beraktiviti pula, biasanya sangat tekun. Sentiasa senyum dan postive semasa dalam penglibatan aktiviti. Mereka juga tidak mudah terkesan dengan perubahan rutin dan peraturan.

2) Kanak-kanak Slow to warm up (lambat mesra).🌈

Kategori ini pun baik juga. Cuma perlu panaskan enjin dahulu. Sebabnya
meraka ini lebih kepada observe keadaan, suasana dan orang-orang disekelilingnya terlebih dahulu samada ia boleh atau tidak jika mahu terlibat.

Biasanya mereka akan menarik diri atau bertindak agresif pada situasi baru, tetapi akan beransur kurang dan lebih positif apabila berterusan dan diberi pendedahan dalam situasi tersebut.

 Kanak-kanak jenis ini perlu rutin dan peraturan yang konsisten.  Bila dah biasa dia akan patuh dengan rutin dan peraturan.

3) Kanak-kanak Difficult Child (Sukar) 🌈

Ini memerlukan kesabaran dua pihak. Pendidik /pengasuh juga ibubapa.

Ini kerana, kanak-kanak jenis ini gemar menunjukkan tindak balas dan emosi yang berlawanan daripada kanak-kanak yang lain. Caranya dengan menentang, tidak selesa, marah atau menangis terhadap benda, orang atau situasi yang baru. Mereka akan menolak dan tidak mahu mencuba sesuatu perkara baru.

Kanak-kanak ini biasanya cerewet, tabiat tidur dan makannya tidak tetap, takut pada situasi dan orang yang tidak kenal. Sangat bergantung harap dengan pendidik/pengasuh dan permintaannya tinggi.  Mudah terganggu pada situasi bising. Mudah kecewa apabila tidak berjaya melakukan sesuatu atau kehendaknya tidak dipenuhi.

Jika tanya admin, di Taska Setia Cemerlang TSC banyaknya dari kategori 3 iaitu Difficult Chlid, memang perlukan masa, sabar dan kreatif dalam usaha menenangkan anak-anak ini.

Alhamdulillah it's work! Allah jualah sebaik-baik Penolong.

Pendek kata, bukan mudah kanak-kanak nak adapt di tempat baru jika sebelum ini mereka hanya dengan kita.

Berikan masa, pujian untuk anak itu sendiri kerana berjaya bersama dengan rakan-rakan yang lain. Mereka faham walau belum pandai berkata-kata.

#TSCexperienced
#TSCinfo
#taskaberdaftar

Comments

Popular posts from this blog

OUTDOOR