ILMU BUAT PARENTS YG MENGHANTAR ANAK PADA PENGASUH @ KE TASKA


ILMU BUAT PARE5NTS YG MENGHANTAR ANAK PADA PENGASUH @ KE TASKA
 5Tips Elak Anak Menangis Setiap Kali Hantar ke Taska / Rumah Pengasuh
Sebak betul bila tiap pagi tengok anak meronta-ronta tak mau pergi taska. Bila dah sampai kat pintu taska n kita nak pass dia kat teacher, mula lah start dia pakej berguling atas lantai, nangis menjerit –jerit, tarik tudung kita pastu dia tarik pulak tudung teacher.
Paling worst bila hari Isnin, sebab weekend anak ada dengan kita, then tiba2 Isnin kita kena tinggalkan dia pulak. Memang boleh mengundang stress & and at the same time rasa kesian sangat kat dorang.
Mak-mak kena faham yang anak nangis sebab dia rasa tak selamat (insecurities).So moms, ni tips nak bagi anak rasa SAFE & SECURE sekaligus elak anak menangis setiap kali kita hantar dia pergi taska:

#1 – Rutin
Follow rutin setiap hari hantar anak, maksudnya hantar pada waktu yg sama setiap hari. Paling penting konsisten, jangan sekejap hantar, sekejap tak hantar. Why do kids need routines? Because routines give them a sense of security.
#2 – Bawa barang anak dari rumah
Contoh macam favourite toy dia, selimut atau bantal dia.
Remember, Children’s fear of the unknown. Jadi, bila kita bawak barang2 yang dia familiar with, dia akan rasa secure and comfort.
#3 – Cium anak & ucap selamat tinggal
Bila kita dah nak tinggalkan dia kat taska, please ingat KHL iaitu
KISS, HUG & LEAVE. Say good bye and tell them that you’ll be returning.
DO NOT LINGER. The longer you stay, the harder it is. Memang kita mak akan ada rasa tak sampai hati & nak stay and pujuk anak. Jangan. Percayalah, 5-10 minit kita pergi, dorang akan berhenti nangis.
Lagi satu, yang paling penting : Don’t sneak out. Kadang kita tunggu anak ralit main toys, senyap-senyap kita pergi tinggalkan dia.. Nanti bila dia sedar kita dah takde, dia akan menangis cari kita. Tu lagi kesian tau πŸ˜ž So, Never ever leave without saying good bye and promise them you’ll be back.

#4 – Moms kena tenang & jangan stress.
Kadang kita mak – mak ni rasa bersalah sangat tinggalkan anak kat taska. Mechelle O’Brien, director of Montessori School in Toronto cakap “If a parent is nervous, kids can feel that.” So, penting untuk kita remain calm & jangan rasa tertekan.
#5 - Last but not least, Remember, You’re Not a Bad Parent.
Anak-anak kita sedang dalam proses belajar. They are learning to cope with life’s challenges. Kita sebagai mak mesti kena ada ilmu untuk TOLONG anak cope with life. Bila anak cranky, mengamuk tak nak pergi taska, jangan sesekali kita MARAH dan MENGAMUK balik kat dia. Kawal emosi kita. They need us, moms!
Jangan lupa amal tips ni ye esok pagi masa nak hantar anak.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Menguruskan Anak dengan Mudah Melalui Tamparemen

OUTDOOR